0 ulasan

_5 ciRi waniTa meLalui banTal_

 
 1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
Melayukini.net – Tak yah caya sangat fakta tentang sikap wanita berdasarkan cara mereka bersama bantal ni sebab bukan betul sangat pun. Tapi kalau nak main-main dan untuk seronok-seronok boleh je. Allah je yang Maha Mengetahui. Tawakal kepada Allah, insyaAllah lelaki baik untuk perempuan baik dan begitulah sebaliknya.

0 ulasan

_c|nTa dan saHabaT_

 
  Dalam persahabatan, akan wujud juga rasa cinta, yang selalunya terjadi apabila bersahabat antara lelaki dan wanita. Perasaan CINTA yang hadir apabila kita terlalu rapat bersahabat, dan kadang-kadang kita hanya bertepuk sebelah tangan, kerana CINTA itu, hanya kita sahaja yang rasa, tidak pula dirasa oleh sahabat kita. Baginya perasaan yang ada hanyalah sekadar kasih sayang sebagai sahabat.   Kita berbicara lagi dari hati ke hati namun bicara kita bukan berkisar tentang sahabat ianya tentang hati kita, nampaknya hati kita telah membawa kita dari haluan yang berlainan, sepatutnya kita tidak melayan apa yang telah kita rasai, jangan sia-siakan persahabatan kita hanya sekadar hati kita telah bersemi bibit-bibit cinta. Jangan korbankan persahabatan kita hanya kerana kita telah jatuh cinta kerna cinta sahabat lebih baik dari cinta seorang kekasih..

0 ulasan

Buktie Chienta Sejaty


 
 

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”